Pendidikan Salma Ismail

Dr. Salma Ismail lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls' School / Sekolah Menengah Sultanah Asma , Alor Star.Beliau lulus Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935). Beliau calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya belajar di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.Pelajaran beliau terhenti 1939-1945 oleh kerana Peperangan Dunia Kedua.Setelah menyambung semula pada 1946, beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.